Tuesday, 7 August 2018

Assalamualaikum

HAHAAHAHAHA

I am glad enough that a blog does not operate like a bank account in which if you are not actively using it, they will terminate your account and infaq all the money to Baitulmal.
Gahhh..let’s put the joke aside. I’m here. Still scrolling, reading and contemplating how much life has changed since 2016. 2 years.
Yerp.
Kalau ada anak, anak pun dah boleh berlari.
It just that I’ve decided to keep the story of my life just for me and people around me who are sincerely want to listen and learn.

Life has been so roughed to me.
(Dengan izin, ini adalah sejenis bahasa monolog dalaman. Penggunaan bahasa adalah salah secara hokum tatabahasa)
Kadang-kadang, aku terfikir juga, apa yang ada pada aku sampai aku kena hadap semua ni. Kenapa life member-member takdelah drama sangat pun. Ni sebab aku asyik tengok drama ke?

The ultimate question:
Apa salah aku sampai orang buat macam ni dekat aku?

So, the aim of this post is on how to deal with the question mentioned above.

When people do mistake to you. Forgive and forget.
Nerghhhhh. Sumpah susah.
You want to follow the footsteps of this one Sahabah who sincerely forgives everyone before he goes to sleep.
I did that.
But whenever I wake up the next morning, I still remember every single details of the mistake that hurts me.

Memaafkan dan melupakan atau nama dekat sekolah pondoknya ialah Redha.
Redha berjumpa pula dengan Pasrah.
Selisih sebelah-sebelah, nampak macam kembar tapi tak.
Menurut Ustaz Abdullah Al-Amin, pasrah ini bersifat pasif.
“Aku kena tipu. Hmmm…okay.”
Kalau Redha?
“Aku kena tipu..Hmmm…okay. Sewajarnya, selepas ini aku kena yada3…”
Redha bersifat aktif. Kita akan ada ‘follow-up actions’.

Aku tahu. Ramai yang ada dalam situasi aku sekarang. Tidak kiralah dalam bentuk relationship, friendship, family, working mates.
Selagi mana terasa sempit dengan perbuatan seseorang itu kepada kita, dan kuasa memaafkan itu berada di tangan kita, kita kena guna dengan rasional.

1.     Maafkan secara umum.
Memaafkan secara umum akan menenangkan orang yang membacanya. Meskipun hati kita sikit pun tak ada rasa nak memaafkan. Sebut atau tulis sahaja dahulu.
Selalu aku pakai ayat “Tak pe, aku faham.”
The aim of this statement is to ease the feeling of the wrongdoer.
Your friends will definitely question your action. Are you insane? Tak cukup lagi kena gulai dengan diorang? Yada3..

Believe Him.

Tak ada satu kebaikan pun yang sia-sia atas dunia ini melainkan Allah akan lihat dan catat. Nerghhhh untung-untung, nama kau kena canang dekat para Malaikat.

Lapangkanlah dada mereka. Allah akan lapangkan lebih banyak jalan untuk kita. Don’t doubt. Just do it.

The power to forgive people doesn’t cost you any cent.
You won’t even gain any cent either, if you don’t forgive them.
So, why nak kedekut? Say the word that they want to hear.
Aku maafkan.
Ikhlas atau tak? Kita settle belakang dengan Allah.

2.     Menggapai Redha.
Benar, setiap hari kita akan berperang dengan diri sendiri. Akal cakap ‘Aku maafkan’. Akan tetapi hati terlalu sakit untuk melupakan.
Woii mana satu ni?
For me, redha is a process. Manusia Twitter sibuk tweet “Time will heal”.
Kalau kita bawa konteks ayat ini dalam konsep Ad-Deen iaitu Islam adalah kehidupan, inilah yg dinamakan proses mencari redha.
Kita dah melakukan ‘action of forgiving’, sekarang masanya untuk kita selarikan dengan hati.
Hari-hari kita kena mengaku depan Dia yang kita tak kuat, kita sakit, kita marah. Tak yah acah-acah tabah depan Allah. Mengaku sajoh.
Ada sebab Asmaul Husna tu kita belajar dulu.
Analogi dalam kehidupan manusia, Asmaul Husna ini macam Jabatan-jabatan Gomen (Government).
Kalau kau nak lapor pasal hal kesihatan, kau takdelah direct pergi Rumah PM, yer dok? Kau mesti pergi dekat Kementerian Kesihatan.
Applying the analogy into Islamic context, if you feel that you are not strong enough, call Him by His name; Al-Jabbar (Maha Perkasa).
Seru dengan hati.
Seru dengan rasa rendah diri.
Allah di mana? Allah dekat dengan kita.
Sehingga kau boleh berbisik memanggilnya tanpa suara dek tekak yang berpasir menahan tangis.  :’)

InsyaAllah, suatu hari kita boleh benar-benar memaafkan dan melupakan.

3.     Berhijrah
Alhamdulillah, saat aku dirundung dengan dugaan ini, aku mempunyai rezeki lebih untuk aku keluar berhijrah mencari kelapangan dada.Acapkali aku cuba melawan perasaan sedih dengan keluar ke kompleks beli-belah, tetapi perasaan sempit di dada itu tidak hilang.
Keputusan aku untuk menghabiskan masa di tepi pantai merupakan langkah yang bijak. Aku tak melihat gelagat anak-anak muda sebaya aku berpegang tangan, menyulam kasih di hadapan mata. Aku menggunakan masa ini sehabis baik untuk sesi refleksi diri.
 Dalam becoknya mulut aku berjenaka, kepala aku ligat memproses apa sebenarnya yang Tuhan mahu dari aku.
 Multi-tasking.
 Memang itu kerja aku.
Aku tak mahu orang melihat aku bersedih dengan kehidupan aku.
“You always take humour as your defence.”
“Kalau aku tak bahan diri aku, orang takkan ketawa. Aku akan tengok orang simpati kat aku. Aku lagi sedih.”

Sebelum aku bermusafir, aku pohon agar aku boleh kembali ke Kuala Lumpur dengan hikmah. Alhamdulillah, sewaktu aku di dalam perut kapal merentas gemawan malam, aku berjaya menyenaraikan kebaikan yang aku dapat di sebalik ujian ini.

Benar. Aku tak nak sebab aku tak tahu tapi Allah tahu aku perlukan itu. (Al-Baqarah,216)

4.     Berlari.
Mukmin yang Allah sayang ialah Mukmin yang kuat.
Bila kita jatuh, kita mengesot, merangkak, berdiri dan berlari.
Ustaz yg sama cakap, bila kita ditimpa ujian..fikirkan 3 perkara :
-        Ya Allah, sekurang-kurangnya, aku yang disakiti bukannya aku yang menyakiti.
-        Ya Allah, sekurang-kurangnya aku tak hilang semua. Kau hanya mengambil pergi apa yang tidak baik untuk aku dan meninggalkan yang lebih baik.
-        Ya Allah, gantikanlah apa yang aku hilang itu dengan yang lebih baik

Apabila kita berfikir macam ni, kita akan rasa nikmat bersyukur. 
Kita akan Nampak bahawa kita masih ada masa hadapan yang menanti.
Oleh sebab itulah, kuasa memaafkan harus digunakan secara rasional kerana itu juga merupakan satu bentuk ujian.
Kesenangan juga satu bentuk ujian yang lagi berbahaya sebab kita tidak nampak bila kita harus bangun dan berlari kepadaNya. Jangan kita kalah pada penghujung jalan. Kita boleh bersabar dengan perbuatan orang tetapi kita gagal di peringkat separuh akhir iaitu peringkat memaafkan kerana ego yang tiada nilai untuk dijulang di hadapan Allah.

Berlarilah kepadaNya. Berbuatlah kebaikan. Berlumbalah dalam kebaikan. Jika kita disakiti lagi kerana kebaikan yang dibuat, ingatlah bahawa hasil semaian tersebut mungkin bukan pada buah yang manis akan tetapi pada ranting yang mencambah, batang yg gagah, daun yang rendang sehingga menjadi tempat anak-anak kecil bermain riang.

Berbicaralah tentang indahnya kehidupan hasil ketentuan Tuhan- Allah Azza Wajalla

Pada aku? Aku di mana sekarang?
Aku sedang menggapai Redha.
Mungkin penulisan aku yg akan datang, aku sudah boleh menulis dalam keadaan aku redha dengan apa yang berlaku.

Jalan Mujahadah tidak mudah.